Dengan
memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah
adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang
pendidikan di negara ini. Oleh
itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi
tonggak utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru. Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang
dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri
daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. Kajian
pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan
pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).

Sebagai
guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi
merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara. Ibu
bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas
keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan
secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem
pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk
melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Ini
juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di
samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini
antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan
dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P
guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik
dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan
dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Sebanyak
11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM
dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua
terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa
generasi muda pada masa depan.
- Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;
- Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
- Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
- Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
- Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
- Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
- Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
- Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara
kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Oleh
itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan
peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang
akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti
untuk pemimpin negara pada masa akan datang. Ingatlah
bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada
muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu
pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam
kehidupan.
Sumber: Aminudin Mansur
Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3WDaBy9vI
©
Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment