Thursday, April 2, 2015

Cabaran Pendidikan Abad ke -21

Objektif yang terkandung dalam PPPM 2013 – 2025:

a)      Memahami  prestasi  dan  cabaran  semasa  sistem  pendidikan  Malaysia berfokuskan  penambahbaikan  akses  kepada  pendidikan,  meningkatkan standard  (kualiti),  merapatkan  jurang  pencapaian  (ekuiti),  menggalakkan perpaduan  dalam  kalangan  murid  serta  memaksimumkan  keberkesanan sistem.

b)      Mewujudkan  visi  dan  aspirasi  yang  jelas  untuk  sistem  pendidikan  dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.

c)       Menggariskan  program  transformasi  yang menyeluruh  untuk  sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam

Guru dan Cabaran Semasa


Dengan memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu meng­hadapi cabaran semasa dalam proses pen­di­dikan antaranya berkaitan integrasi nasio­nal, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, penga­ruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru. Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).

Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkap­kan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksana­kan.

Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.
 
  • Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan re­levan dengan keperluan semasa;
  • Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi mening­katkan perpaduan negara
  • Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
  • Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
  • Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
  • Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan penge­tahuan;
  • Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
  • Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkua­liti untuk pemimpin negara pada masa akan datang. Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya de­­­ngan perbuatan yang baik dalam kehidupan.

Sumber: Aminudin Mansur
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3WDaBy9vI

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid

Pendahuluan
Dalam dunia pendidikan, seseorang guru haruslah sentiasa saling menerima antara  satu sama lain dan sentiasa memberi perhatian dan seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang masalah emosi dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Hal ini penting agar semua pelajar sentiasa dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap kegiatan keilmuan yang dijalankan di sekolah. Secara umumnya, emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru agar lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru juga perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya berbeza antara satu sama lain.
Tanda-tanda awal Gangguan Emosi dalam Kalangan Pelajar
Tekanan didefinisikan sebagai 1 reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.(Dr. David B. Posen - Lifestyle Counselor and Psychotherapist). Terdapat 2 jenis tekanan iaitu austress iaitu tekanan positif dan juga distress iaitu tekanan negatif. Lazimnya, masalah emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah berpunca daripada pelbagai faktor penyebab. Walau bagaimanapun, masalah emosi tersebut dapat dikesan melalui beberapa tanda awal gangguan emosi berlaku dalam kalangan pelajar tersebut. Antaranya termasuklah:
a)    empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
b)    mengungkapkan dan memahami perasaan
c)    mengendalikan amarah
d)    kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
e)    kemampuan untuk menyesuaikan diri
f)     disukai oleh orang lain
g)    kemampuan  untuk  memecahkan  atau  menghilangkan
h)   masalah antara mereka yang berada di sekeliling
i)     semangat setiakawan
j)      keramahan
k)    sikap hormat-menghormati
 Kebiasaannya,terdapat dua jenis tanda awal gangguan emosi tersebut iaitu tanda positif dan tanda negative. Seseorang pelajar yang merasa emosinya terganggu adalah kerana disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut:
a)    Kecemasan dan marah
b)    Sukar tunjukkan emosi tertentu
c)    Alami kesulitan
d)    Konflik
Ketika tertekan, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Gejala-gejala tekanan
Antara gejala-gejala tekanan termasuklah:
a)    Fizikal iaitu berlaku keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, berasa loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
b)    Mental iaitu kerap berlaku hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
c)    Emosi iaitu sentiasa risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
d)    Perangai di mana sering mengalami keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
 Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa tekanan juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9).
Faktor-faktor tekanan emosi pelajar
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami tekanan. Pelajar amat mudah terdedah kepada tekanan disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka. Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah pelajar yang menunjukkan kecermelangan akademik pada peringkat sekolah,tetapi tidak dapat mengakalkan pencapaian yang baik apabila berada di sekolah menengah atau kolej. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka. Selain itu, faktor persekitaran, persaingan hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar turut menyebabkan tekanan emosi kepada pelajar. Oleh itu, tekanan masih tidak dapat dipisahkan daengan kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperoleh pelbagai kemahiran. Bentuk tekanan dalam kalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan tekanan tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta berupaya memotivasikan diri. Ada juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan tekanan apabila berada dalam peringkat pengajian yang lebih tinggi. Tekanan yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu yang terbabit. Biasanya, tekanan emosi dialami dalam pelbagai keadaan seprti rasa sunyi, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi ,serta simpton fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Oleh hal yang demikian, tekanan emosi boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian pelajar terjejas sehingga memberikan impak negatif terhadap tahap kesihatan, personaliti, interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.
Menurut Campbell dan Svenson, apabila tekanan dilihat dari aspek yang negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, hal ini boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab tekanan dalam kalangan pelajar merupakan fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh, maka adalah penting untuk mengenal pasti faktor penyebab tekanan pelajar terlebih dahulu sebelum program pengurusan tekanan dilakukan.
Penyelidik dari Universiti Melbourne, Australia menjalankan Projek Gatehouse selama enam tahun terhadap pelajar sekolah di sana mengenai penggunaan dadah, aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa masalah sosial ini menurun sebanyak 50 peratus hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan ilmu pengurusan tekanan emosi harian.
Sememangnya ilmu menguruskan tekanan emosi sangat penting diajarkan kepada pelajar supaya mereka dapat membentengi diri sendiri apabila menghadapi tekanan dengan menyeimbangkan emosi. Oleh sebab itu, melalui pendidikan di sekolah, setiap pelajar dididik suoaya dapat menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intekek dalam menjalani kehidupan seharian.
Gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunujukkan pola meningkat dan peru ditangani dengan sebaik-baik mungkin dari semasa ke semasa. Bagi mengatasinya, empat sekolah dipilih sebagai sekolah perintis untuk melasanakan modul khas bagi mengesan gejala penyakit mental dalam kalangan remaja pada peringkat awal. Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala tekanan emosi dan kemurungan dalam kalangan remaja.Pendidikan adab dan akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat membentuk tingkah laku yang seimbang,sekali gus membentuk remaja yang mempunyai personaliti yang seimbang dan mampu menguruskan emosi.
Kaedah mengatasi tekanan emosi dalam kalangan pelajar
Langkah menguruskan tekanan dengan secara bijaksana sangat diperlukan bagi mermbantu pengurusan kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam kehidupan yang mencabar kini. Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa kepada suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya, guru boleh menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.
 Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu, guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru juga seharusnya mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah.
 
Kerjasama dengan ibu bapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibu bapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibu bapa juga harus membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi. Ibu bapa juga seharusnya dapat memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.
Guru atau ibu bapa seharusnya tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang sering kali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini dan seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut, ia cenderung untuk menggalakkan wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.
 
Kesimpulan
Tekanan emosi merupakan pengalaman atau kejadian yang sering dialami seseorang individu hingga menyebabkan gangguan terhadap pemikiran ,perasaan dan aktiviti harian,maka hal ini perlu diuruskan dan ditangani dengan segera supaya tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan individu yang terlibat. Menurut Lessard, tekanan yang tidak sengaja dialami oleh orang dewasa,bahkan melanda juga remaja dan kanak-kanak ,memerlukan keseimbangan dari pelbagai aspek,khususnya bagi memainkan peranan dan tugas yang dilaksanakan .Sekiranya tiada keseimbangan ,seseorang itu mudah mengalami tekanan emosi.Oleh hal yang demekian,fenomena terkanan dalam kalangan pelajar merupakan topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.

Thursday, October 11, 2012

Contoh Alat Bantu Mengajar yang disediakan dalam format Microsoft Power Point telah saya sediakan berdasarkan pada Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah saya sediakan. Untuk melihat klip presentation power point tersebut, sila klik di sini atau pada link yang disediakan di bawah:

http://www.slideshare.net/rzainie/bahasa-melayu-tahun-4-saimin-saidi

selamat belajar...

Tuesday, October 9, 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 4 berasaskan Model ASSURE


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Kelas    :               Tahun 4 Amanah
Tarikh   :               6 Ogos 2012
Masa    :               8.15 – 9.15 a.m
Tajuk     :               Pak Nordin Seorang Penternak Binatang

HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  • Mengisi sekurang-kurangnya tiga jawapan denganbetul berdasarkan jawapan yang disediakan.
  • Menulis sekurang-kurangnya dua ayat tunggalberdasarkan perkataan yang diberikan.
  • Menyatakan sekurang-kurangnya empat kata kerjayang terdapat dalam petikan.

FOKUS UTAMA:
  • 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan danintonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yangdibaca.

ARAS :
  •  Aras 3 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

FOKUS SAMPINGAN:
  •  8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayatmajmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

ARAS:
  • Aras 1(i) – Membina ayat tunggak dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

SISTEM BAHASA :
  • Katakerja

PENGISIAN ILMU:
  • Sains
  • Kajian Tempatan

NILAI:
i – Kasih sayang
ii – Kerjasama
iii – Usaha

BAHAN BANTU MENGAJAR:
i – Petikan
ii – Lembaran kerja


Set Induksi
Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Catatan
Set Induksi (5 minit)
Bunyi Binatang:
 Ayam
       Lembu
       Kucing
  1.   ,   Guru meniru beberapa bunyi binatang
  2.     Guru mengarahkan murid meneka bunyi-bunyi tersebut
  3.       Guru mengaitkan bunyi tersebut dengan isi pelajaran



 Langkah 1
Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Catatan
Langkah 1
(15 minit)
Tajuk Petikan:
Pak Nordin seorang penternak binatang
  1.    Guru mengarahkan murid membaca perikan yang digantung di hadapan kelas secara senyap
  2.      Guru bercerita kepada murid tentang cerita yang terdapat dalam petikan
  3.      Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan petikan
  4.    . Guru  mengedarkan lembaran kerja
  5.   Guru mengarahkan murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan
  6.      Guru berbincang dengan murid jawapan yang betul
  7.   .   Guru membetulkan kesilapan murid



 Langkah 2
Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Catatan
Langkah 2
(20 minit)
Perkataan:
      Menternak
      Memelihara
      Ayam
      Kolam
      Reban
      Kandang

  1.   .   Guru  mengeluarkan beberapa perkataan yang terdapat dalam petikan
  2.       Guru berbincang dengan murid makna perkataan-perkataan tersebut
  3.    Guru mengarahkan murid membina ayat  unggal berdasarkan  perkataan-perkataan tersebut
  4.    .  Guru  mengarahkan sekurang-kurangnya  10 orang murid membacakan ayatnya
  5.   .   Guru membetulkan kesilapan murid



 Langkah 3
Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Catatan
Langkah 3
(15 minit)
Kata Kerja:
      Memelihara
      Membina
      Menternak
      Mencari
      Memberi

  1.       Guru  menerangkan mengenai kata kerja
  2.      Guru memberi beberapa contoh kata kerja
  3.      Guru mengarahkan murid menyatakan kata kerja yang terdapat dalam petikan
  4.       Guru  membetulkan kesilapan murid


Penutup
Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Catatan
Penutup
(5 minit)
Nilai murni:
      Kerjasama
      Usaha
      Kasih sayang
  1.      Guru menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan




Model ASSURE dalam Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu



Model Assure

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah
  1. Tarik perhatian pelajar.
  2. Beritahu objektif pembelajaran.
  3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
  4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.
  5. Bimbing pembelajaran pelajar.
  6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
  7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
  8. Taksir pencapaian pelajar.
  9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.
Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSURE
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

  1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)
  2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
  3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
  4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
  5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
  6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
  1. Ciri-ciri umum pelajar.
  2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
  3. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
  1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
  2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
  3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
  4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
  • melakar
  • menamakan
  • meramal
  • membaca
  • menjawab
  • melukis
  • menilai
  • melabel
  • menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran


Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
  • melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
  • Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
  • Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
  • Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
  • Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.
  • Adakah bahan ini menepati kurikulum?
  • Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
  • Adakah laras bahasanya jelas?
  • Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
  • Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
  • Adakah bahan ini berkualiti?
  • Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
  • Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
  • Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
  • Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
  • Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.


LATIHAN
Jawab SEMUA soalan
  1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.
  2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.
  3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut,
  4. Dalam fasa “analisis learner”, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE.
  5. Model “Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.
  6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.
  7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.